Berita

Tabung Haji menang anugerah di UK

KUALA LUMPUR, 3 Julai - Lembaga Tabung Haji memenangi anugerah “Sumbangan Institusi Cemerlang dalam Sektor Kewangan Islam” pada Anugerah Sidang Kemuncak Sukuk London 2009.
Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Tabung Haji berkata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan itu, Dato’ Ismee Ismail menerima anugerah berkenaan semalam.
Acara tahunan itu yang memasuki edisi ketiga, dianjurkan [...]


Lain-lain berita » • Soal masa depan umat Islam dan negara tidak boleh diselesaikan melalui debat - PM  • 22 Julai tarikh dengar bantahan Pejabat Peguam Negara terhadap Sisters in Islam  • PM perjelas 1Malaysia dari segi pelaksanaan dan penerapan  • Bajet tumpu rangsang ekonomi 

5 Artikel terkini » • Thabit bin Qurrah  • Jenaka salah dan keterlaluan  • Apa manfaatnya konflik dan sengketa?  • Makna fenomena Michael Jackson terhadap umat Islam  • ‘Kera’ yang sangat sukar menerima nasihat 

Paparan Khas

Apa manfaatnya konflik dan sengketa?

Apa manfaatnya konflik dan sengketa?

Oleh KETUA EDITOR
 
Setiap apa yang kita lakukan - berfikir, bercakap dan bekerja - jika ia memberikan kebaikan sama ada kepada diri kita sendiri atau orang lain, Islam tetap menganggapnya sebagai ibadah. Seperti dijelaskan oleh Dr. Yusuf Qardhawi:  “Sepertimana yang dihuraikan dan ditegaskan oleh Ibnu Taimiyah bahawa ibadat itu mempunyai skop dan daerah yang luas, ia [...]

Perpecahan di atas kejahilan

Perpecahan di atas kejahilan

 
Oleh KETUA EDITOR
 
Perselisihan dan permusuhan selalunya dimulai dengan keinginan manusia atau sekumpulan manusia untuk memenuhi tuntutan nafsunya. Keinginan memuaskan tuntutan nafsu yang terhalang menjadikan manusia mengambil jalan mudah dan mengenepikan sifat kemanusiaannya. Bermula dengan sikap benci, berkembang menjadi perseteruan sementara dan seterusnya tanpa kawalan diri, akan menjelmakan pelbagai perilaku dan tindakan yang bukan sahaja merugikan diri [...]

Damaikan perselisihan sesama Muslim

Damaikan perselisihan sesama Muslim

 
Oleh KETUA EDITOR
 
Kehidupan yang aman dan damai sememangnya menjadi cita-cita setiap orang. Oleh hal yang demikian itu, usaha mewujudkan perdamaian harus dilakukan oleh semua orang (semua pihak), lebih-lebih lagi bagi seorang mukmin. Ini selaras dengan firman Allah s.w.t yang bermaksud: ”Sesungguhnya mukmin itu bersaudara, maka ciptakanlah perdamaian di antara saudaramu.”( Al-Hujurat: 10)
 
Masyarakat akan menjadi haru-biru [...]

Urusan dunia urusan manusia

Urusan dunia urusan manusia

 
Oleh KETUA EDITOR
 
Islam adalah agama untuk kehidupan dan kemajuan seluruh umat manusia. Ajarannya merangkumi bukan sahaja akidah, ibadah, muamalah, malahan mencakupi urusan politik, ekonomi dan sosial serta lain-lain urusan kehidupan yang menjamin kebahagiaan dan kesejahteraan umat seluruhnya.
 
Dalam urusan akidah, ia dijelaskan secara terperinci. Demikian juga sebahagian daripada amalan dan urusan ibadah. Bagaimanapun, urusan muamalah, politik, [...]

Memahami gagasan 1Malaysia daripada perspektif agama

Memahami gagasan 1Malaysia daripada perspektif agama

Oleh KETUA EDITOR
 
Ketenangan dan keharmonian hidup yang kita kecapi semenjak lebih 50 tahun yang lalu terasa diganggu oleh gelora yang tidak pernah kita undang. Apa yang menyedihkan, gelora itu datangnya dari kalangan masyarakat kita sendiri yang tertutup akal budinya. Mereka seolah-olah tidak lagi kenal yang mana intan dan yang mana kaca. Bagi mereka, kata orang-orang [...]

Kategori Kandungan

Cahaya Rejab: Persiapan diri menjelang Ramadan Cahaya Rejab: Persiapan diri menjelang Ramadan

Oleh MUHAMMAD HATIM
 
Bulan Rejab kembali lagi. Ia merupakan antara bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah s.a.w yang telah diriwayatkan oleh para sahabat baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta’azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah s.w.t akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya. Di sini akan disorot fadilat [...]

Artikel lain di dalam kategori Fikrah

Peranan media dalam pembangunan negara

Oleh MOHD KHAIRI WAN ALI
Apabila disebut media, apa yang akan tergambar di minda warga Malaysia kini ialah blog dan bloggers. Blog, salah satu daripada bentuk komunikasi media letronik, menjadi begitu hangat diperkatakan adalah kerana kenyataan yang dibuat oleh pihak kerajaan, yang mendapati blog dan bloggers (individu atau sekumpulan yang mempunyai dan menjadi pengamal laman blog [...]

Artikel lain di dalam kategori Wacana

Tasawuf dan peranannya dalam pembinaan kerangka spiritual Ahli Sunnah Wal Jamaah

Oleh ABDUL MANAM MOHAMAD AL-MERBAWI
Pendahuluan

Tasawuf merupakan salah satu dari tiga tiang asas agama Islam. Ia merupakan dimensi kerohanian bagi agama ini. Dengannya iman dan keyakinan menjadi lebih kuat, pelaksanaan terhadap tuntutan syariat menjadi lebih sempurna dan penghayatan nilai-nilai akhlak menjadi lebih berkesan. Tanpanya iman hilang kemanisannya, amal ibadah hilang kekhusyukannya dan akhlak hilang kemurniannya. Ia [...]

Artikel lain di dalam kategori Kajian

Jenaka salah dan keterlaluan

Oleh KAMARUN KH
Kemelut politik Melayu nampaknya tidak akan mudah diselesaikan apabila perbezaan pandangan menjadi sesuatu yang telah menjarakkan pengikutnya daripada membentuk sebuah kesatuan dan perpaduan. Idea bernas untuk menyatukan antara dua buah parti politik Melayu terbesar menjadi halangan apabila di satu pihak cuba mempertikaikan kewajarannya.
Dengan menilai sebagai satu “usaha terdesak” dan siapa yang menyokongnya sebagai [...]

Artikel lain di dalam kategori Komentar

‘Kera’ yang sangat sukar menerima nasihat

Oleh KETUA EDITOR
Istilah “ahli al-kitab” di dalam al-Quran sering dirujuk kepada dua komuniti penganut agama Samawi sebelum Islam, iaitu Yahudi dan Nasrani. Dua penganut agama tersebut sebenarnya mempunyai kesinambungan akidah dengan kaum Muslim. Bahkan Allah menegaskan bahawa kehadiran al-Quran untuk membenarkan sebahagian ajaran kitab Taurat (kitab suci agama Yahudi) dan Injil (kitab suci agama Nasrani).
Dalam [...]

Artikel lain di dalam kategori Perspektif

Dari tanah tak berpenghuni, jasa disemai di Pulau Ubi

Oleh IZHAR SYAFAWI
Haji Yusof Pulau Ubi atau nama lengkapnya Haji Yusof bin Abdul Rahman bin Abdul Ghani dilahirkan di Sungai Pinang, Kelantan pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad II. Ketika itu taufan melanda dan membawa kemiskinan kepada negeri Kelantan, menyebabkan banyak ternakan dan tanaman yang musnah; ada di kalangan penduduk Kelantan yang mati kebuluran dan ada [...]

Artikel lain di dalam kategori Profil

Kesan terbunuhnya Prabhakaran terhadap Muslim Sri Lanka Kesan terbunuhnya Prabhakaran terhadap Muslim Sri Lanka

Terbunuhnya ketua LiberationTamil Tigers Eelam (LTTE), Velupillai Prabhakaran, 54, di Mulaitivvu, di pantai bahagian timur Sri Lanka pada Isnin, 18 Mei baru-baru ini adalah kejayaan cemerlang kerajaan Sri Lanka pimpinan Presiden Mahinda Rajapakse.
Di sebalik peristiwa itu, orang Islam Sri Lanka yang sekian lama tertindas,  bahkan terbunuh di tangan LTTE berasa sedikit kelegaan.Untuk mendapat gambaran terkini tentang peristiwa [...]

Artikel lain di dalam kategori Wawancara

Makna fenomena Michael Jackson terhadap umat Islam

Oleh ZIN MAHMUD
 
Bagi dunia, karya dan kisah hidup Michael Jackson amat menarik hinggakan berjaya menjadi satu fenomena yang menghimpun jutaan peminat di seluruh dunia, tanpa mengira bangsa dan agama.
 
Selain daripada kehebatan karyanya yang meliputi persembahan tidak ada tolok bandingnya, Michael Jackson berjaya menampilkan budaya Amerika Syarikat yang tarikannya bersifat global, maknanya ia [...]

Artikel lain di dalam kategori Global

Tafsir

Al-Baqarah, ayat 17-18: Kenapa kembali kepada kegelapan sesudah berada dalam cahaya?

Al-Baqarah, ayat 17-18: Kenapa kembali kepada kegelapan sesudah berada dalam cahaya?

 Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRY
 
AYAT 17
 
Maksudnya: “Perumpamaan mereka adalah seperti orang yang menyalakan api, maka setelah api itu menerangi sekelilingnya, Allah hilangkan cahaya (yang menyinari) mereka dan membiarkan mereka dalam kegelapan, tidak dapat melihat.”
 
Perumpamaan (mathal) dibaca dengan ‘mathal’ atau ‘mithil’.
 
Syeikh al-Mawardi berkata, ‘mathal’ digunakan pada perumpamaan-perumpamaan yang dibandingkan sedangkan ‘mithil’ digunakan pada sesuatu yang dibandingkan [...]


Terdahulu » • Al-Baqarah, ayat 14-16: Usah ‘membeli’ kekufuran dengan keimanan  • Al-Baqarah, ayat 11-13: Usah berbuat kerosakan di muka bumi  • Al-Baqarah, ayat 1: Petunjuk bagi orang yang bertakwa  • Surah al-Fatihah 

Mutiara Hadis

Pokok (pohon) Iman

Oleh MOHD YUSUF ABAS
 
(Bermaksud) Daripada Abi Hurairah r.a, katanya: Rasulullah s.aw bersabda: “Iman itu mempunyai lebih dari 70 cabang (dahan), cabangnya yang paling utama ialah kalimah tauhid (syahadah laailaha illallah) dan sekurang-kurang rantingnya membuang sampah sarap dari jalan  raya.” (Riwayat Muslim)
 
Pengenalan dan huraian
 
Hadis ini juga adalah sahih yang telah dirwayatkan oleh Imam Besar dalam [...]


Terdahulu » • Petunjuk Iman  • Pembahagian iman  • Pengertian agama: Iman, Islam, Ihsan  • Ikhlas 

Resensi

Rentetan sejarah permuafakatan antara kaum

Rentetan sejarah permuafakatan antara kaum

Berdasarkan falsafah politik Plato, kelahiran sesebuah bangsa bermula dengan kontrak sosial. Kontrak sosial itu lahir berdasarkan persefahaman daripada rasa percaya antara satu sama lain dan diperkuatkan dengan kesedaran tentang bahasa, ideologi, budaya, sejarah, dan doktrin etika pengendalian kumpulan bangsa itu secara bersama.
Idea yang diutarakan lebih 2,500 tahun lalu kemudiannya dikembangkan oleh beberapa ahli falsafah lain [...]


Terdahulu » • Peradaban salam melalui semangat al-Fatihah  • Wasiat-wasiat Ibn ‘Arabi  • Jangan Bersedih 

Ensiklopedia Hadhari

Thabit bin Qurrah

Thabit bin Qurrah

 
Thabit bin Qurrah merupakan seorang ilmuwan besar Arab dalam bidang matematik, astronomi, dan perubatan yang mengungguli semua doktor pada zamannya. Beliau juga tergolong sebagai salah seorang daripada penterjemah terkemuka yang memikul tanggungjawab ‘mengalihkan’ pelbagai bidang ilmu dari bahasa Latin ke dalam bahasa Arab.
 
Nama sebenar beliau adalah Abu al-Hasan Thabit bin Qurrah bin Marwan al-Sabi al-Harrani. [...]


Fakta-fakta lain » • At-Turabi  • Asy’ariyah  • Mamluk  • Ibnu Zuhr 

Waktu Solat

Waktu Solat Bagi Kawasan Kuala Lumpur dan Kawasan-Kawasan Sewaktu Dengannya [04-07-2009]
Imsak
5:35
Subuh
5:45
Syuruk
7:08
Zuhur
13:20
Asar
16:46
Maghrib
19:29
Isyak
20:45

Seputar Dunia Islam

Minaret in the souq, TetouanA Light in the Arab WorldMinaret seen from the kasbah, ChefchaouenThe only non square-sectioned minaret in MoroccoAnswering the Friday CallMosque Morning StrollRuined mosque above Chefchaouen, MoroccoRuined mosque, Chefchaouen, MoroccoRuined mosque above Chefchaouen, MoroccoRuined mosque above Chefchaouen, MoroccoRuined mosque above Chefchaouen, MoroccoparkingThe Wilayah MosqueA day in Wazir Khan MasjidHappy Friday!IMG_0143IMG_0619IMG_0602IMG_7186IMG_7187